# TERBANG DRONE PERLU KELULUSAN

- Link: https://punyoolab.com/2020/12/11/terbang-drone-perlu-kelulusan/
- Published: 2020-12-11T00:56:16+08:00
- Author: Izzpunyoo

Bahana guna drone

 * [WordPress](https://wordpress.org)
 * [Facebook](https://www.facebook.com/punyootech/)
 * [Youtube](https://youtu.be/RYUehFILtN0)

Mesti ramai yang suka fly drone kan lagi-lagi dah beli ribuan ringgit, lepas itu
tak boleh guna dah sebab nak bayar kerajaan terlalu mahal, ini info daripada PDRM

![](https://i0.wp.com/punyoolab.com/wp-content/uploads/2020/12/f1d6027142391acae46e33f153cbdaa14262508679409844082.
jpg?resize=1390%2C782&ssl=1)

## JomBeringat

ARTIKEL PILIHAN: TERBANG DRON PERLU KELULUSAN, ELAK DIDENDA RM50,000! CARA MOHON
CUKUP MUDAH

Ketika mula diperkenalkan di pasaran, dron atau pesawat udara tanpa juruterbang 
dianggap barang mewah kerana harganya yang agak mahal, apatah lagi ia pada asalnya
dicipta untuk kegunaan ketenteraan.

Namun perkembangan pantas teknologi menjadikan dron semakin murah dan mampu milik.
Harga dron dijual semurah RM50 hingga RM1,000 untuk Toys grade dan RM1,500 hingga
RM60,000 untuk Hobby grade, bergantung kepada spesifikasi yang dipasang di dalam
dron itu sendiri.

Keupayaan dron merakam panorama indah dari sudut tinggi menimbulkan minat dan menjadi
kegilaan pengguna, malah sebagai hobi rekreasi dan komersial, terutamanya dalam 
kalangan jurugambar dan juruvideo.

Namun kini, peminat mahupun pemilik dron perlu mendapatkan permit kelulusan daripada
pihak berkaitan sebelum menerbangkan dron di sesuatu kawasan.

Tak boleh lagi sesuka hati membuat penerbangan tanpa sebarang kelulusan bagi mengelakkan
daripada didakwa atau dikenakan tindakan.

Cara untuk membuat permohonan juga cukup mudah. Antaranya adalah seperti:

 1. Layari laman sesawang [https://www.caam.gov.my/](https://www.caam.gov.my/)
    2.Muat
    turun borang permohonan dan lengkapkan butiran yang dipinta.3.Permohonan yang lengkap
    perlu dihantar ke DRONE.AFT@CAAM.GOV.MY

Permohonan perlu dibuat 14 hari sebelum korang merancang untuk terbangkan dron.

Menerbangkan dron tanpa permit adalah salah mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan
Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016).

Kesalahan mengendalikan dron tanpa kebenaran boleh dikenakan denda minimum RM50,000
atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu manakala denda maksimum
RM100,000 untuk badan korporat.

Sumber: Sinar Harian

### Share this:

 * [  WhatsApp ](https://punyoolab.com/2020/12/11/terbang-drone-perlu-kelulusan/?share=jetpack-whatsapp)
 * [  Telegram ](https://punyoolab.com/2020/12/11/terbang-drone-perlu-kelulusan/?share=telegram)
 * [Tweet](https://twitter.com/share)

### Like this:

Like Loading…
