# TRANSKRIPSI BARU UNTUK GURU MENGAJAR SECARA LIVE UNTUK GOOGLE MEET

- Link: https://punyoolab.com/2021/01/23/gmeet/
- Published: 2021-01-23T10:11:44+08:00
- Author: ahwie92

Otter, menggunakan kepintaran AI menawarkan perkhidmatan transkripsi kos rendah,
membawa pengalaman Google Meet ke arah yang lebih efisian, membiarkan pengguna mengakses
nota dan kapsyen langsung dalam Google Meet.Pengguna hanya perlu memasang EXTENSION
CHROME , membuka panel nota yang akan merakam apa yang dikatakan semasa meeting.

Syarikat itu sudah menawarkan perkhidmatan yang serupa kepada aplikasi Zoom, tetapi
kini menawarkan aplikasi perkhidmatan kapsyen langsung kepada Google. Aplikasi Otter
ini mendapat tumpuan dari pelbagai pengguna kerana transkripnya yang interaktif 
dan dapat diedit selepas selesai Meeting. 

Dalam pengunguman dari baru-baru ini, Otter menyatakan bahawa aplikasi seperti ini
dapat memudahkan rakaman meeting untuk mengelakkan dari kekeliruan di kemudian hari,
secara langsung dapat membantu golongan yang kurang upaya(pendengaran). Otter dengan
bangganya menyatakan bahawa pengguna dapat memasukkan kata kunci ke dalam nota,–
AI Otter tidak akan goyang dengan glosary profession yang anda percakapkan.

Otter bukanlah aplikasi yang sangat tepat or platform yang boleh di percayai, tetapi
ianya berkesan dan solusi yang termudah yang ada buat masa ini.. yang pasti kualiti
Otter itu sendiri akan di perbaiki. Ya lah, Work from Home ketika pendemik ini telah
menjadi kebiasaan dan aplikasi seperti Otter ini sudah pasti dapat memudahkan lagi
kerja-kerja pengguna menghadapi situasi ini.

### Share this:

 * [  WhatsApp ](https://punyoolab.com/2021/01/23/gmeet/?share=jetpack-whatsapp)
 * [  Telegram ](https://punyoolab.com/2021/01/23/gmeet/?share=telegram)
 * [Tweet](https://twitter.com/share)

### Like this:

Like Loading…
