# Gantung operasi: 125,000 penumpang MYAirline terjejas, nilai tiket RM20 juta

- Link: https://punyoolab.com/2023/10/12/gantung-operasi-125000-penumpang-myairline-terjejas-nilai-tiket-rm20-juta/
- Published: 2023-10-12T23:53:23+08:00
- Author: Izzpunyoo

![](https://i0.wp.com/punyoolab.com/wp-content/uploads/2023/10/image.png?resize=
830%2C553&ssl=1)

**PENGGANTUNGAN** operasi MYAirline menjejaskan kira-kira 125,000 penumpang yang
membeli tiket penerbangan bernilai RM20 juta secara keseluruhan , kata Menteri Pengangkutan
Anthony Loke.

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh MYAirline adalah tidak bertanggungjawab 
kerana tidak memaklumkannya kepada Kementerian Pengangkutan mahupun Suruhanjaya 
Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Anthony mendakwa sebaik syarikat penerbangan itu yang memutuskan menghentikan operasinya
awal pagi Khamis, mereka terus ‘menghilangkan’ diri.

“Mereka menghentikan beroperasi, tiada penerbangan dan pekerja mereka juga tiada
di lapangan terbang, menyebabkan penumpang dibiarkan dalam kekeliruan.

“Ini satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab. Mereka perlu membayar balik
kepada semua penumpang yang terjejas,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen
pada Khamis.

**ARTIKEL BERKAITAN: [_MYAirline gantung operasi berkuat kuasa hari ini, tekanan kewangan jadi punca_](https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2023/10/12/myairline-gantung-operasi-berkuat-kuasa-hari-ini-tekanan-kewangan-jadi-punca)**

Kenyataan Anthony itu susulan pengumuman penerbangan tambang murah, MYAirline menggantung
operasinya berkuat kuasa pada Khamis (12 Oktober) sehingga diberitahu kelak kerana
tekanan kewangan.

Menerusi satu kenyataan, ia menyatakan bahawa tekanan kewangan menjadi punca keputusan
sukar itu terpaksa dibuat, selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan
penjanaan semula modal syarikat itu. – [_The Star_](https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/10/12/myairline-service-suspension-039irresponsible039-says-transport-minister)

### Share this:

 * [  WhatsApp ](https://punyoolab.com/2023/10/12/gantung-operasi-125000-penumpang-myairline-terjejas-nilai-tiket-rm20-juta/?share=jetpack-whatsapp)
 * [  Telegram ](https://punyoolab.com/2023/10/12/gantung-operasi-125000-penumpang-myairline-terjejas-nilai-tiket-rm20-juta/?share=telegram)
 * [Tweet](https://twitter.com/share)

### Like this:

Like Loading…
