# Custom merch GTA VI bawah RM100: nampak macam Ultimate Edition, tapi ini prop

- Link: https://punyoolab.com/2026/11/22/gta-vi-custom-merchandise-bawah-rm100-izz-punyoo/
- Published: 2026-11-22T10:07:35+08:00
- Author: Izzpunyoo

Sekali pandang, kotak biru tu memang nampak macam game PS5. Tapi yang Izz Punyoo
tunjuk ni koleksi custom bertema GTA VI bawah RM100. Kotak tu prop untuk display,
bukan cara untuk main game atau tebus Ultimate Edition.

Video oleh Izz Punyoo. [Tonton terus di YouTube](https://www.youtube.com/watch?v=zMIWjNc3nf4).

## Apa yang ada dalam koleksi Izz?

Di atas meja ada topi hitam, tumbler kuning, keychain dan kotak bergaya PS5. Baju
hitam grafik GTA VI dan kemeja tropika biru pula terus bagi rupa Vice City. Dalam
gambar studio, kotak tu memang item yang paling mudah buat orang tersalah anggap.

![Koleksi custom GTA VI di meja: topi hitam, tumbler kuning, keychain, baju tropika
dan kotak prop bergaya PS5](https://i0.wp.com/punyoolab.com/wp-content/uploads/2026/
11/izz-punyoo-gta-vi-custom-merch-desk.jpg?resize=1440%2C1080&ssl=1)

Foto koleksi custom di meja studio oleh Izz Punyoo. Kotak bergaya PS5 ialah prop.

## Rockstar ada keluarkan Ultimate Edition fizikal?

Tidak. Menurut [Rockstar Support](https://support.rockstargames.com/articles/4QfG4FmZCf5W1gS8jy4UVT/grand-theft-auto-vi-platform-editions-and-versions),
keluaran kotak fizikal rasmi ialah Standard Edition dengan kod muat turun, tanpa
cakera permainan. Ultimate Edition tersedia secara digital; pemilik Standard boleh
mendapatkan naik taraf rasmi secara digital selepas menebus kod Standard mereka.
Kotak prop dalam foto bukan mana-mana edisi itu.

Rockstar juga ada [koleksi pakaian dan barangan rasmi tersendiri](https://www.rockstargames.com/newswire/article/759875393o5253/grand-theft-auto-vi-collection-now-at-the-rockstar-store).
Logo pada tumbler, topi atau kotak custom tidak mengesahkan ia sebahagian daripada
koleksi tersebut. Angka bawah RM100 merujuk kepada koleksi yang dikongsi Izz, bukan
harga game atau tawaran jualan.

Untuk panduan gameplay dan kawalan, buka [hub GTA VI Punyoo Lab](https://punyoolab.com/gta-vi/).

### Share this:

 * [  WhatsApp ](https://punyoolab.com/2026/11/22/gta-vi-custom-merchandise-bawah-rm100-izz-punyoo/?share=jetpack-whatsapp)
 * [  Telegram ](https://punyoolab.com/2026/11/22/gta-vi-custom-merchandise-bawah-rm100-izz-punyoo/?share=telegram)
 * [Tweet](https://twitter.com/share)

### Like this:

Like Loading…
