Baru hidupkan TV box, TV terus lompat ke HDMI lain. Tutup TV pula, soundbar ikut mati. Kalau perubahan itu berlaku sebaik peranti lain dihidupkan atau dimatikan, semak HDMI-CEC dulu. Tak perlu terus buat factory reset atau beli kabel baharu.
1. Tentukan apa yang mencetuskan masalah
Hidupkan TV. Kemudian hidupkan TV box sahaja dan tengok sama ada input bertukar. Ulang dengan konsol. Uji juga apa yang berlaku apabila TV ditutup. Catat peranti yang mencetuskan perubahan supaya anda tidak menukar tiga tetapan serentak.

2. Ubah tetapan peranti yang mencetuskan masalah
HDMI-CEC membolehkan peranti serasi menghantar arahan seperti hidup, mati dan tukar input. Sony menamakannya BRAVIA Sync; Samsung menggunakan nama Anynet+ (HDMI-CEC). Pada PS5, rujuk Enable HDMI Device Link. Nama menu dan pilihan bergantung pada model. Kalau ada pilihan berasingan untuk hidupkan TV atau tukar input secara automatik, cuba matikan pilihan itu sahaja dahulu.

3. Uji semula bunyi, bukan gambar sahaja
Selepas ubah satu tetapan, cuba hidupkan TV box dan laras kelantangan dengan alat kawalan TV. Jika soundbar menggunakan HDMI ARC, jangan terus matikan CEC di TV: sesetengah kombinasi TV dan soundbar, termasuk yang diterangkan dalam panduan Samsung, memerlukannya. Kalau audio hilang, pulihkan tetapan tadi dan cuba matikan kawalan HDMI pada peranti yang menyebabkan input bertukar.
Nak bandingkan model selepas tahu puncanya? Rujuk jadual ranking TV box Punyoo Lab.
Kredit foto muka depan: Tony Webster / Wikimedia Commons / CC BY-SA 2.0 · Lesen.

Leave a Reply